Warga emas dikhuatiri hilang selepas cari lembu di hutan

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang ketika keluar mencari lembu di hutan di Kampung Paya Permai, Lubok Merbau dekat sini sejak Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai, Zahari Zainuddin dan berusia 70 tahun.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pukul 1.41 tengah hari Selasa.

Sejurus selepas itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan melibatkan tiga pasukan pencarian serta membabitkan tiga kilometer (km) radius kawasan pencarian daripada lokasi terakhir warga emas itu dipercayai hilang.

“Operasi SAR yang ditangguhkan kemudian disambung semula pada hari kedua seawal jam 8 pagi. Ia dimulakan dengan sesi taklimat operasi di Pejabat Penghulu Lubuk Merbau bersama agensi terlibat termasuk unit anjing pengesan (K9),” katanya dalam satu kenyataan.

Shazlean berkata, SAR kali ini membabitkan kawasan pencarian yang melibatkan radius sejauh tujuh km dan mula digerakan pukul 9 pagi.

“Anggota SAR mangsa dibahagikan kepada empat sektor yang terdiri daripada pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), organisasi bukan kerajaan (NGO) serta penduduk kampung.

“Unit K9 JBPM juga telah digerakkan bermula dengan kawasan terakhir warga emas itu dipercayai ditemui sebelum hilang,” katanya lagi.

Operasi SAR membabitkan 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dengan diketuai Komander Operasi Burhan Abdul Hamid.

Ia juga turut dibantu tujuh anggota APM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) (dua), NGO (tujuh), penduduk kampung (25) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) (10). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis mohon bantu kesan dua wanita, seorang remaja hilang di Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI