Warga emas disyaki tembak diri sendiri, tiada unsur jenayah ditemui

IPOH – Punca kematian seorang lelaki warga emas yang disyaki menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jelapang semalam, terjawab apabila bedah siasat mendapati mangsa maut akibat tembakan di dada.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Sabtu juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dikesan terhadap mangsa.

“Beberapa individu termasuk ahli keluarga mangsa juga telah dipanggil bagi merekodkan keterangan.

“Berdasarkan maklumat daripada keluarga, mangsa menghidap kanser kolon tahap empat dan merupakan pemilik senapang `Baretta’ D81735B sejak 30 tahun lalu.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Abang Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian sekitar jam 11.35 pagi.

“Pemeriksaan anggota di lokasi kejadian menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas kerusi kayu di luar rumah.

“Hasil pemerhatian ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan dipercayai akibat tembakan di bahagian dada.

Tambah beliau, mangsa tinggal di rumah itu bersama isteri, anak lelaki sulung, menantu dan seorang cucu dan semasa kejadian tiada sesiapa di rumah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemui mati ada kaitan jenayah terancang, libatkan soal sempadan luar negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI