Warga emas ditahan polis cabul kanak-kanak 10 tahun

BAGAN DATUK – Polis menahan seorang warga emas bagi membantu siasatan berhubung seorang kanak-kanak perempuan didakwa dicabul di sebuah rumah di Kampung Sungai Pulau, Sungai Sumun dekat sini, pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 39 tahun itu pada hari sama.

Katanya, ibu mangsa memaklumkan anaknya berusia 10 tahun didakwa telah dicabul seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun yang juga suami kepada bekas pengasuh mangsa.

“Bertindak atas maklumat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk menahan suspek yang dipercayai terlibat sekitar jam 5 petang.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa perbuatan yang salah di sisi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Azizi, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 Tahun dan juga sebatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penganggur cabul cucu saudara umur enam tahun direman

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI