Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam bilik air terkunci

IPOH – Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia dalam bilik air terkunci di sebuah rumah di Ipoh Garden South, dekat sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 1.13 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pasukan bomba menemukan seorang lelaki berusia 68 tahun terbaring di atas kerusi malas dalam bilik air dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Rakan mangsa menyedari mangsa terkunci dalam bilik air dan mengesyaki sesuatu telah berlaku keatasnya. Rakan mangsa kemudian telah menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Sabarodzi, pasukan bomba telah memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan penyelamat dan pemotongan.

“Anggota bomba telah mengangkat mayat mangsa menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelas beliau.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Saharudin Omar itu tamat pada jam 2.24 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemandu lori sampah cedera, bertembung traktor sawit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI