Warga emas hampir 100 tahun maut terjatuh dari tingkat 13

IPOH – Seorang lelaki warga emas berusia hampir 100 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di bandar raya ini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berusia 91 tahun itu pada jam 8.20 pagi.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian oleh pihak polis mendapati mayat mangsa ditemui pengawal keselamatan di lorong belakang rumah pangsa berkenaan dalam keadaan tidak sempurna.

“Selain itu, pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Berikutan itu, beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil berhubung dengan Ketua Balai Polis Sentral yang juga Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Mohd Sahran Termizi di talian 019-444 4515 bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut, jatuh dari tingkat 13 bangunan hotel

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI