Warga emas hilang ditemui meninggal dunia dalam bilik hotel

IPOH – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Pulai Height, Kampung Kepayang di sini Selasa lalu ditemukan dalam keadaan tidak sedar diri dan terkurung di dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Jalan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mangsa daripada orang awam sekitar jam 4.20 petang.

“Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berada dalam keadaan terlantar di atas katil dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuhnya.

“Pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah hadir ke lokasi kejadian untuk mengesahkan kematian mangsa.

“Susulan itu, mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok bagi mendapatkan punca kematian.

“Setakat ini kes siasatan dilakukan di bawah laporan mati mengejut (SDR) memandang tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah atau foul play ditemui pada mangsa,“ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, laporan kehilangan mangsa telah dibuat isteri pada Selasa lalu sekitar jam 4.49 petang selepas mangsa yang menaiki kereta Honda Accord berwarna kelabu tidak pulang ke rumah.

“Bertindak atas aduan tersebut pihak polis telah berusaha mencari dan satu kertas siasatan dibawah orang hilang (oh) telah dibuka,“ jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil memberi keterangan kepada Penolong Ketua Polis Balai Ampang Baru di talian 05-546 7005 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita ditemukan maut terkunci dalam tandas 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI