Warga emas lumpuh ditemui rentung dalam kebakaran

BERUAS – Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru Ayer Tawar, di sini malam tadi.

Mangsa Loo Leng Wion, 90, yang lumpuh, ditemui rentung berdekatan pintu bilik tingkat atas rumah kedai berkenaan oleh anggota bomba bertugas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 malam.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kedai dua tingkat kelas A berkeluasan 100 kaki x 40 kaki.

Artikel Berkaitan:

Warga emas rentung, tiga yang lain melecur kereta terbakar

Lelaki Orang Asli rentung selepas kereta di parkir terbakar

“Kedai berkenaan dianggarkan terbakar 70 peratus dengan seorang mangsa warga emas dijumpai berdekatan pintu bilik tingkat atas pada jam 3.35 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Sayani, anggota bomba kemudiannya melakukan operasi pemadaman menggunakan empat aliran lapan pancutan bersumberkan air dari pili bomba berdekatan.

“Kita juga turut ibantu BBP Sitiawan, BBP Manjung, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Teluk Intan, Ayer Tawar dan Pantai Remis,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI