Warga emas maut ketika ‘hiking’ di Bukit Kledang

IPOH – Seorang warga emas maut dipercayai akibat sesak nafas ketika melakukan aktiviti kembara atau ‘hiking’ di Bukit Kledang, dekat sini, pada Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Goon Swee Long, 71, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan ketika berada pada ketinggian 800 meter dari aras laut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebelum itu pihaknya menerima maklumat berkenaan seorang warga emas yang pengsan ketika berada di Bukit Kledang, pada jam 4.24 petang.

Katanya, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Berdasarkan maklumat awal, lelaki berusia 71 tahun itu kepenatan dan mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti hiking di Bukit Kledang.

“Mangsa kemudian dilaporkan telah tidak sedarkan diri berhampiran dengan laluan menghala ke stesen pemancar di bukit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Menurut beliau, pasukan bomba telah bertindak memberikan bantuan awal dan bantuan pernafasan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa.

Ujar Sabarodzi, kemudian pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan lelaki warga emas itu telah meninggal dunia.

“Pasukan bomba telah membawa mangsa ke kaki bukit menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Faiezaruddin Mohd Yusop itu tamat pada jam 6.28 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut kereta terbabas dalam ladang kelapa sawit 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI