Warga emas Orang Asli maut dipijak gajah liar ketika cari kayu

GERIK – Seorang lelaki warga emas Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar ketika mencari kayu di kawasan kebun getah Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di sini, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Gerik, Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa lelaki berusia 65 tahun itu sekitar jam 5.40 petang.

“Hasil siasatan mendapati, pada jam 3.15 petang mangsa telah pergi ke kebun getah untuk mencari kayu.

“Semasa saksi, anak perempuan mangsa berusia 44 tahun berada di rumah kebun berhampiran tempat kejadian, dia telah terdengar bunyi teriakan mangsa serta terdengar bunyi suara gajah.

Warga emas Orang Asli maut dipijak gajah liar ketika cari kayu
Zulkifli Mahmood.

“Setelah reda saksi bersama abang iparnya bergerak ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah, saksi juga ada terlihat kelibat seekor gajah di kawasan tersebut.

“Mangsa dipercayai telah terserempak dan dipijak oleh seekor gajah di kawasan kebun tersebut,” dipijkatanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat di Pos RPS Kemar supaya lebih berhati-hati sekiranya menjalankan aktiviti pertanian.

Zulkifli turut meminta penduduk memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat maklumat kehadiran hidupan liar supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kakitangan Perhilitan cedera dirempuh gajah liar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI