IPOH – Seorang lelaki warga emas rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kejadian di di Laluan Sri Kuang 3, Desa Rasi, Chemor di sini, pada Rabu.
Mangsa berusia 71 tahun berkenaan ditemukan rentung dalam sebuah kereta jenis Proton Saga sekitar jam 11.45 malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima pihaknya pada jam 11.46 malam.
“Sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta tersebut.
“Setiba dilokasi didapati kereta tersebut terbakar dalam anggaran 90 peratus dan terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, operasi pemadaman menggunakan satu aliran hose reel sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Beliau berkata operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Khairuddin Hussien tamat jam 2 pagi. – MG Perak.