Warga emas rentung, tiga yang lain melecur kereta terbakar

TAPAH – Seorang warga emas rentung manakala dua kanak-kanak termasuk seorang wanita melecur selepas kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bidor Lama, di sini pada awal pagi Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar jam 4.49 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dengan dibantu anggota BBP Bidor ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian kita dapati sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki dua wanita dan dua kanak-kanak lelaki musnah terbakar kira-kira 98 peratus.

Warga emas rentung, tiga yang lain melecur kereta terbakar
Warga emas yang maut dalam kejadian kereta terbakar di Jalan Bidor Lama, Tapah. Foto ihsan JBPM Perak

“Seorang mangsa perempuan warga emas ditemui rentung di bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta manakala seorang wanita serta dua orang kanak-kanak lelaki berusia antara lapan dan lima tahun melecur,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 5.11 pagi dan operasi tamat pada 6.30 pagi,” ujarnya. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua maut, seorang cedera kemalangan babit tujuh kenderaan

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI