Warga emas rugi RM177,700 angkara ‘phone scam’

IPOH – Seorang warga emas menanggung kerugian RM177,700 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon (phone scam) membabitkan modus operandi penyamaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan penipuan itu daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 72 tahun, pada jam 11.59 pagi semalam.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada 12 Jun lalu sekitar jam 2.30 petang semasa mangsa berada di Dewan Taman Suria, Taiping dan telah menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi Digital.

“Suspek pertama meminta mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kerana akaun mangsa didapati terlibat dengan aktiviti yang menyalah undang-undang seperti penggubahan wang haram dan mangsa menafikannya.

“Kemudian talian mangsa disambungkan kepada suspek kedua yang mendakwa sebagai pihak polis untuk membantu kes ini dengan syarat mangsa harus memberikan nombor kad ATM dan nombor pin serta nombor otp.

“Suspek memberi jaminan bahawa wang mangsa akan dikembalikan semula dan mangsa telah menuruti apa yang dikatakan kerana cemas dan takut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata, mangsa telah pergi ke OCBC Bank cawangan Taiping pada 27 Jun kira-kira jam 10 pagi untuk membuat semakan dan mendapati wang mangsa telah berkurangan.

Tambah beliau, terdapat lima kali transaksi yang mencuriga dipindahkan ke dalam lima akaun yang berbeza melibatkan nilai berjumlah RM177,700.

“Pengadu menyedari dirinya ditipu dan telah memmbuat laporan polis di mana kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu) dan siasatan masih dijalankan.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan dari nombor yang tidak dikenali untuk mengelakkan daripada ditipu oleh ‘scammer’ atau sindiket ‘phone scam’,” katanya. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI