Orang ramai memanfaatkan cuti hujung minggu keluar membuat persiapan membeli pelbagai kelengkapan sempena Aidilfitri ketika tinjauan MG Perak di Gerbang Malam, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 APRIL 2024.
BERBAKI dua hari lagi menjelang Aidilfitri, warga Perak terutamanya sekitar Ipoh mula membanjiri Gerbang Malam bagi mencari keperluan hari raya seperti pakaian, songkok, kasut dan lain-lain lagi.
Jurugambar MG Perak, sempat merakam gelagat pengunjung Gerbang Malam yang bersesak membeli barang keperluan di mana para peniaga mula menawarkan harga murah serta jualan lelong.