Waris wanita dipercayai mati dibunuh dicari

PASIR SALAK – Polis sedang mencari waris kepada seorang wanita dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk, di sini pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, mayat wanita tanpa pakaian itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dan identitinya sukar untuk dikenal pasti.

“Ciri fizikal mangsa adalah berketinggian sekurang-kurangnya 135 sentimeter, badan berisi, mempunyai ketuat pada kelopak mata kiri.

“Mangsa yang dipercayai berusia antara 30 hingga 40 tahun itu turut mempunyai lubang anting-anting pada kedua-dua belah telinga dan beberapa gigi belakang sudah tiada,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Hafezul Helmi, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Teluk Intan mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan oleh objek tumpul.

Beliau berkata, kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut diitukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan kejadian atau kehilangan ahli keluarga menghubungi pegawai penyiasat kes, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Perak Tengah, Asisten Superintendan Hamzanni Abdul Ghani di talian 019-573 2880. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki lemas ditemukan di Sungai Kinta

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI