Warisan tradisional berdiri utuh biar pun menjangkau 100 tahun

RUMAH tradisional Melayu bukan sekadar sebuah kediaman, malah ia juga menjadi simbol warisan bangsa dan keluarga. Di Batu Gajah terdapat sebuah rumah tradisional yang cukup menarik dan masih berdiri utuh di pekarangan kedai makan Teratak Warisan Chu Siah, walaupun telah mencecah usia 100 tahun.

Rumah yang kini diwarisi Norasiah Isa, 58, kaya dengan nilai estetika seni bina Melayu lantaran setiap ukiran dan hiasannya menonjolkan elemen alam semula jadi.

Rumah tradisional melayu bangsa keluarga Teratak Warisan Chu Siah seni bina Abdul Kadir warisan
Orang ramai bergambar di hadapan rumah Melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah yang berasal dari Kampung Mandah di Manong, Kuala Kangsar dibina pada tahun 1924 di Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.

Menurut sepupunya, Abdul Kadir Zakaria, 67, rumah tradisional itu pada asalnya berada berhampiran dengan Sungai Perak di Kampung Mandah dekat Manong, Kuala Kangsar, kira-kira 44 kilometer (km) dari Batu Gajah.

Katanya, rumah yang kini diwarisi generasi ketiga itu dipindahkan sekitar lapan tahun lalu sebagai usaha keluarganya untuk memulihara dan memelihara warisan yang tidak ternilai berkenaan.

Lantai papan rumah melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah yang dibina pada tahun 1924 kini berusia 101 tahun di Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.
Rumah tradisional melayu bangsa keluarga Teratak Warisan Chu Siah seni bina Abdul Kadir warisan
Sepupu kepada pewaris rumah tradisional Teratak Warisan Chu Siah, Abdul Kadir Zakaria, 67. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.

“Rumah tradisional ini pada asalnya dimiliki arwah nenek saya sebelum ia diwarisi sepupu, Norasiah. Secara kebetulan sepupu saya mempunyai tanah di Batu Gajah, dan oleh sebab itu, kami berpandangan untuk memindahkan rumah itu ke sini.

“Ia telah menjalani pelbagai proses termasuk menanggal bahagian rumah, membawa dan memasangnya kembali kepada bentuk asal. Kesemua kerja-kerja ini memakan masa kira-kira setahun,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak di Teratak Warisan Chu Siah, di Batu Gajah.

Rumah tradisional melayu bangsa keluarga Teratak Warisan Chu Siah seni bina Abdul Kadir warisan
Sepupu kepada pewaris Teratak Warisan Chu Siah, Abdul Kadir Zakaria, 67, menunjukkan sekitar rumah Melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah berasal dari Kampung Mandah di Manong, Kuala Kangsar dibina pada tahun 1924 yang kini berusia 101 tahun dipindahkan ke Gopeng kira-kira 8 tahun lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.

Abdul Kadir yang juga bekas Pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor itu memberitahu, proses berkenaan memakan kos sebanyak RM30,000 termasuk dengan kerja-kerja restorasi.

Menurutnya, ia turut melibatkan proses mengecat semula serta memulihkan bahagian-bahagian rumah yang telah rosak seperti ukiran pada bumbung rumah dan sebagainya.

Pemilik Teratak Warisan Chu Siah, Norasiah Isa, 58, menunjukkan sekitar rumah melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah berasal dari Kampung Mandah di Manong, Kuala Kangsar dibina pada tahun 1924 yang kini berusia 101 tahun dipindahkan ke Gopeng kira-kira 8 tahun lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.

Mengulas tentang rumah tradisional Teratak Warisan Chu Siah, Abdul Kadir berkata, kediaman tersebut dibina pada tahun 1922 sebelum siap didiami kira-kira tiga tahun kemudian.

“Tidak seperti zaman sekarang yang sudah ada kilang papan. Kerana sewaktu masa dahulu, untuk membina sebuah rumah ia memerlukan bahan-bahan daripada hutan, dan dalam hal ini, ia memang memakan masa.

“Rumah ini terdiri antaranya ruang tamu, bilik tidur, ruang utama yang dikenali sebagai Rumah Ibu dan rumah dapur. Rumah Ibu pula lazimnya digunakan untuk aktiviti ahli keluarga,” jelasnya.

Ukiran rumah Melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah yang dibina pada tahun 1924 di Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.

Tambah Abdul Kadir, sepertimana rumah tradisional lain, Teratak Warisan Chu Siah kaya dengan seni bina Melayu yang unik seperti dibina dengan siling tinggi, dihiasi papan kembung, serta dinding kayu silang.

Pemilik Teratak Warisan Chu Siah, Norasiah Isa, 58, dan sepupunya Abdul Kadir Zakaria, 67, menunjukkan sekitar rumah melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah berasal dari Kampung Mandah di Manong, Kuala Kangsar dibina pada tahun 1924 yang kini berusia 101 tahun dipindahkan ke Gopeng kira-kira 8 tahun lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.

Malah katanya, rumah berkenaan turut diindahkan dengan pelbagai elemen alam semula jadi antaranya ukiran bunga raya dan ukiran kaluk pakis.

“Jika dilihat pada keadaan seni bila siling tinggi, ia sebenarnya direka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran cuaca tropika.

“Keadaan ini membantu menjadi sebagai penebat haba dan seterusnya mewujudkan situasi pengudaraan baik untuk mengeluarkan udara panas dari dalam rumah,” ujarnya.

Usaha pertahan warisan keluarga

Menurut Abdul Kadir, rumah tradisional Melayu seumpama itu wajar dipertahankan kerana ia merupakan khazanah setiap keluarga yang pernah mendiaminya.

“Saya berharap agar kita dapat sama-sama berusaha memelihara rumah tradisional seperti ini kerana ia kaya dengan warisan yang tidak ternilai, sama ada daripada sudut sejarah mahupun seni binanya.

“Jika boleh kita dapat menjaganya sebaik mungkin agar ia tidak lenyap dan terus dilupakan anak cucu kita mahupun generasi akan datang,” ujarnya.

Hiasan syiling lama yang terdapat di dalam rumah melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah yang dibina pada tahun 1924 kini berusia 101 tahun di Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.
Pemilik Teratak Warisan Chu Siah, Norasiah Isa, 58, menunjukkan sekitar rumah melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah berasal dari Kampung Mandah di Manong, Kuala Kangsar dibina pada tahun 1924 yang kini berusia 101 tahun dipindahkan ke Gopeng kira-kira 8 tahun lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.

Sementara itu, Pemilik Teratak Warisan Chu Siah, Norasiah berkata, keberadaan rumah tradisional Melayu itu menjadikannya daya tarikan pengunjung ke kedai makan yang diusahakannya sejak dua tahun lalu.

Katanya, video pendek yang dikongsikan di laman sosial TikTok meraih perhatian pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara seperti dari Hong Kong, Singapura serta Vietnam.

Orang ramai mengunjungi rumah melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah yang berasal dari Kampung Mandah di Manong, Kuala Kangsar dibina pada tahun 1924 yang kini berusia 101 tahun dipindahkan ke Gopeng kira-kira 8 tahun lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.
Antara makanan yang terdapat di rumah melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah di Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.
Antara makanan yang terdapat di rumah melayu tradisional Teratak Warisan Chu Siah di Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JANUARI 2025.

“Teratak Warisan Chu Siah menyajikan pelbagai masakan Melayu dan antara yang menjadi pilihan utama pelanggan adalah, asam pedas, ikan patin masak gulai tempoyak, sambal sotong, dan daging salai.

“Selain perkhidmatan inap desa, kami juga membuka ruang untuk sesiapa mengadakan aktiviti seperti acara majlis perkahwinan, pertunangan, majlis persaraan, berbuka puasa dan sebagainya,” ujar Norasiah. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kampung tradisi Melayu cetus perkembangan Ipoh

VIDEO:

MGPerak: Teratak Warisan Tonjol Keunikan Kesenian Tradisional Menjangkau 100 Tahun

MGPerak: Teratak Warisan Tonjol Keunikan Kesenian Tradisional Menjangkau 100 Tahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI