WEZAS UPSI peroleh dana hampir RM7 juta tahun lalu

TANJUNG MALIM – Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kutipan dana hampir RM7 juta hasil sumbangan kakitangan, orang awam dan badan korporat pada tahun lalu.

Pengarahnya, Profesor Madya Dr Mohd Abdul Nasir Abd Latif berkata, jumlah keseluruhan dana yang dikumpulkan adalah sebanyak RM6,965,436.97.

Menurutnya, jumlah itu merangkumi lima kategori dana iaitu wakaf (RM2,918,790.10), endowmen (RM205,100), zakat (RM3,558,113.10), khairat (RM85,665) dan sedekah (RM197,768).

“Kita menyifatkan kejayaan tersebut mencerminkan keprihatinan warga dan alumni UPSI, masyarakat serta badan korporat dalam menyokong usaha kebajikan dan pembangunan pendidikan berasaskan filantropi di universiti ini.

“Pada masa sama, kita merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong program kebajikan dan pembangunan pendidikan di sini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata sumbangan ini akan digunakan untuk membantu pelajar dan staf UPSI yang memerlukan di samping menyokong pembangunan infrastruktur wakaf pendidikan serta memberi manfaat kepada golongan asnaf dan komuniti luar yang ditimpa musibah.

“Sehubungan itu, kita mendoakan semua penyumbang dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki, serta memperoleh ganjaran pahala yang berterusan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang atau mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web rasmi https://wezas.upsi.edu.my. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UPSI pulihara bangunan warisan berusia lebih 100 tahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI