Wujud persekitaran inklusif untuk pendidik kuasai teknologi pengajaran baharu

IPOH – Institusi pendidikan perlu mewujudkan persekitaran inklusif yang menghormati dan memanfaatkan sifat generasi hari ini melalui penggunaan alat digital interaktif pembelajaran yang lebih efektif .

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, dunia pendidikan kini berada di ambang Revelosi Perindustrian Keempat.

Menurutnya, menerusi pendidikan yang bercirikan kemajuan teknologi yang pesat, pendidik menghadapi cabaran dalam menyesuaikan amalan pendidikan untuk menyediakan pelajar menghadapi masa depan yang semakin tidak menentu.

“Satu aspek kritikal dalam meningkatkan kualiti pendidikan untuk masa hadapan adalah menangani jurang generasi pelajar yang boleh mencetuskan ketegangan dalam bilik darjah.

“Generasi Alpha adalah generasi termuda membesar dengan teknologi canggih dalam kehidupan seharian.

“Mereka dijangka menjadi generasi yang paling mendalami teknologi namun sangat cenderung kepada faedah pembelajaran interaktif berbanding generasi X, Milenium dan Z,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Global Penyelidikan dan Amalan Pendidikan (GOCERP) 2024 di EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, semalam.

Dalam pada itu, Md Amin berkata, pendidik perlu melibatkan diri dalam latihan guru dan pembangunan profesional dalam penyesuaikan diri dengan kaedah dan teknologi pengajaran baharu.

“Penggunaan integrasi teknologi dalam pendidikan seperti penyediaan akses peranti digital dan internet berkelajuan tinggi kepada pelajar penting bagi memastikan pelajar mendapat manfaat daripada pembelajaran yang dipertingkatkan dengan teknologi.

“Kita perlu mendedahkan pelajaran mengenai masalah dunia sebenar ke dalam kurikulum supaya menjadi lebih menarik dan membantu pelajar aplikasikan perkara tersebut dalam pembelajaran mereka,“ ujarnya.

Justeru, beliau berharap penyadupaduan pembelajaran antara mata pelajaran seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik dengan disiplin yang pelbagai membolehkan disiplin ini diaplikasikan dalam dunia sebenar. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RESQ Team UPSI prihatin bantu mangsa banjir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI