Wujudkan garis panduan dan kad kuasa elak penarik kenderaan berlagak samseng

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk mewujudkan satu garis panduan rasmi dan sistem pengesahan identiti bagi individu atau syarikat yang menjalankan tugas menarik kenderaan bagi memastikan proses itu dilaksanakan secara profesional, beretika dan selamat.

Menurut Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah, semakin banyak aduan diterima daripada pemilik kenderaan yang mendakwa tindakan menarik kereta oleh pihak tertentu dilakukan dalam keadaan yang menakutkan dan agresif.

Malah, dakwa Murugiah, individu atau kumpulan yang menjalankan operasi itu sering kali bertindak seperti samseng, datang dalam kumpulan besar, bertindak kasar dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemilik kenderaan serta ahli keluarga mereka.

“Situasi ini amat membimbangkan dan tidak wajar berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Murugiah mencadangkan agar kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), merangka satu prosedur rasmi bagi menangani isu penarikan kenderaan secara menyeluruh.

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah

Beliau menegaskan, semua individu yang terlibat dalam proses penarikan perlu menjalani latihan khas dan tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibenarkan menjalankan tugas tersebut.

Selain itu, Murugiah turut menggesa setiap penarik kenderaan diberi kad kuasa rasmi yang memperakui identiti serta kelayakan mereka.

Kad ini, penting bagi memastikan proses penarikan dilakukan secara sah dan untuk memudahkan orang awam membuat pengesahan jika berlaku sebarang pertikaian.

Dalam masa sama, beliau mencadangkan supaya hanya syarikat keselamatan berlesen yang dilantik oleh bank dibenar menguruskan operasi penarikan, dengan pemantauan ketat daripada pihak berkuasa.

“Langkah-langkah ini bukan sahaja penting untuk melindungi hak dan keselamatan pemilik kenderaan, malah memberi jaminan kepada penarik kenderaan itu sendiri, serta memulihkan persepsi masyarakat terhadap prosedur yang sering dianggap menindas.

“Saya menyeru agar kerajaan mempertimbangkan cadangan ini dengan serius demi keselamatan dan keadilan semua pihak,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI