Zabariah jalankan tugas Presiden Mahkamah Rayuan ganti Abang Iskandar

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd. Yusof dilantik menjalankan tugas Presiden Mahkamah Rayuan berkuasa kuasa semalam, menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara secara rasmi.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim berkata, Zabariah akan menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan hingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Zabariah mencapai umur persaraan wajib hakim 66 tahun pada 10 April lalu dan mendapatkan lanjutan masa perkhidmatan enam bulan lagi.

Memetik laporan FMT, dalam surat bertarikh semalam, Hasnah yang juga melaksanakan tugas Ketua Hakim Negara bermula semalam berkata, pelantikan itu dibuat mengikut Seksyen 9(3)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Laporan portal berita itu berkata, peruntukan tersebut menyatakan apabila jawatan Presiden Mahkamah Rayuan kosong, seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh melaksanakan tugas dan fungsinya.

Salinan surat berkenaan turut dihantar kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Zamri Bakar dan Pendaftar Mahkamah Rayuan Jumirah Marjuki.

Semalam, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, Hasnah melaksanakan tugas Ketua Hakim Negara susulan persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mencapai usia persaraan wajib, kelmarin.

Hasnah yang genap 66 tahun pada 15 Mei lalu, diberikan lanjutan masa enam bulan dan kekal bertugas sehingga 14 November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI