Zahid harap UiTM muncul sebagai Universiti Usahawan TVET Global

KUALA SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) memfokuskan agenda melahirkan teknousahawan sekaligus dapat muncul sebagai Universiti Usahawan TVET Global (Global TVET Entrepreneur University).

Jelas beliau, teknousahawan merupakan kerjaya untuk melahirkan ahli perniagaan yang berjaya dalam masa sama dapat membuka peluang pekerjaan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Saya berpandangan bahawa kursus-kursus di universiti dan kursus teknikal terutamanya TVET bukan hanya sesuai untuk terjun alam pekerjaan tetapi usaha perlu diwujudkan lebih ramai usahawan

“Saya memberikan penekanan tentang kita bukan mencari pekerjaan tapi mencipta pekerjaan

“Para usahawan boleh mencipta pekerjaan untuk mengambil mereka yang berada dalam bidang yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program PuTERA35@ Kampus UITM, Puncak Alam, hari ini.

Menurut Zahid, usaha tersebut boleh digerakkan dengan memfokus dan melonjakkan kursus yang berkaitan dengan keusahawanan di samping melibatkan TVET.

“Penekanan (usaha) mesti dilakukan untuk mewujudkan usahawan profesional yang lebih ramai yang kita panggil sebagai Teknousahawan,” ujarnya.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan beliau berkata, kajian Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) & ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsae menegaskan bahawa TVET tidak boleh hanya melatih pelajar untuk mencari kerja sebaliknya mesti melahirkan usahawan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI