Zaleha Hamid meninggal dunia

JOHOR BAHRU – Penyanyi dangdut era 80-an, Zaleha Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, malam tadi.

Allahyarhamah meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam pada usia 65 tahun dan perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulung Allahyarham, Ungku Chik Zafirulazman.

Ungku Chik memaklumkan, ibunya sudah seminggu dirawat di hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 6.30 petang tadi, mama mengalami sesak nafas dan dibantu dengan bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafas malam ini,” ujarnya ketika dihubungi.

Ungku turut memberitahu proses pengurusan jenazah masih dilakukan di unit forensik HSA dan masih belum dapat dipastikan di mana jenazah akan dikebumikan.

Zaleha dilaporkan terlantar sejak 2020 akibat angin ahmar.

Zaleha digelar Ratu Dangdut Malaysia dan Singapura dikenali menerusi lagu hitsnya seperti Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, Nasib Janda, Jangan Kau Tangiskan dan Kekasih di Tangan Orang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI