Zaman Guan Eng sudah berlalu, jaga hati parti lain dalam kerajaan – Zahid

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng agar tidak menyinggung perasaan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Bahkan beliau yang Timbalan Perdana Menteri menempelak Ahli Parlimen Bagan itu bahawa apa jua kenyataannya ketika ini tidak lagi relevan diambil serius.

Malah tegas beliau, zaman Guan Eng juga sudah berlalu untuk terlibat dalam isu terkini arena politik tanah air.

“Saya fikir tidak perlulah komen (kenyataan) kerana itu pendapat peribadi beliau.

“Zaman beliau telah berlalu dan berilah kepercayaan kepada kepimpinan DAP yang ada sekarang ini dan jangan hendak menyiku mana-mana sahabat,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang membidas UMNO kerana akan bersama dengan Pas mengadakan Himpilunn Solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu depan.

Guan Eng berkata, tindakan itu akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan UMNO yang kini menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga membidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh kerana mempersoalkan sama ada Pengampunan Diraja Anwar pada 2018 telah melalui Lembaga Pengampunan.

Pada 6 Januari ini, satu perhimpunan dikenali Himpunan Solidariti buat Najib akan diadakan di Mahkamah Rayuan yang mendengar permohonan bekas Presiden UMNO itu mengenai perintah adendum atau tambahan di bawah tahanan rumah.

Sementara itu, himpunan bersama itu merupakan kali pertama UMNO dan Pas bekerjasama sejak kerjasama mereka menerusi Muafakat Nasional (MN) berakhir pada 2022.

Lebih 200 bas membawa penyokong Najib dijangka menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada ahli UMNO dan Pas termasuk pemimpin Bersatu.

Parti Amanah Negara dilaporkan juga tidak akan menghalang ahlinya daripada menghadiri perhimpunan itu tetapi Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim telah menggesa rakan partinya supaya tidak mengambil bahagian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI