Zamri suruh Rayer ambil peperiksaan ulangan BM

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Zamri Vinoth menafikan dirinya menghina mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Lantaran itu beliau tidak perlu kesal mengenai catatannya yang dikatakan telah mencetus kontroversi terhadap penganut Hindu.

“Mengapa perlu saya kesal jika penulisan saya tidak menghina mana-mana pihak? Posting tersebut tidak mengandungi penghinaan, jadi saya sarankan agar Rayer ambil paper Julai Bahasa Malaysia!

“Saya hanya menyatakan fakta dan kebenaran. Tiada sebarang mahkamah yang telah mengeluarkan keputusan bahawa penulisan saya itu menghina mana-mana pihak mahupun ada keputusan mahkamah yang meminta saya menurunkan posting tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zamri berkata, Malaysia mempunyai undang-undang dan semua pihak perlu mengikut kedaulatan undang-undang dan bukannya menuruti apa yang dikatakan oleh Rayer.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong menggesa menggesa pihak berkuasa untuk segera menahan Zamri selepas dia menyiarkan semula hantaran Facebook berhubung penganut Hindu.

Katanya, walaupun hantarannya telah dipadam oleh pihak berkuasa dan telah dipanggil oleh polis untuk disoal siasat namun Zamri tetap tidak menunjukkan rasa kesal.

Dakwanya, Zamri terus menghasut dan menyemarakkan perpecahan kaum dan agama dengan menyiarkan semula kandungan berbaur provokasi serta menghina agama Hindu di halaman Facebooknya.

Beliau turut menyifatkan Zamri sebagai ancaman serius terhadap keselamatan dan keharmonian negara.

Dalam pada itu, Zamri berkata, sekiranya Rayer tidak dapat menerima fakta dan ingin menyembunyikan kebenaran, itu adalah masalah beliau sendiri.

“Kita tunggu semasa debat pada 23 Mac ini saya akan bongkarkan fakta yang telah saya tulis sekaligus membuktikan bahawa apa yang Rayer dan Saravanan katakan itu adalah fitnah terhadap saya!

“Berani kerana benar minta padam kerana takutkan kebenaran!,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI