‘Ziarah kasih bersama Kak Sal’ turun padang bantu golongan rentan

PARIT BUNTAR – Kerajaan Negeri Perak amat cakna dan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani isu miskin tegar melibatkan masyarakat di negeri ini.

Pelbagai inisiatif diambil Kerajaan Negeri Perak dibawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam menoktahkan miskin tegar dalam kalangan rakyat negeri ini.

Februari lalu, Saarani mengumumkan jumlah miskin tegar di Perak merekodkan penurunan sebanyak 58 peratus pada 2023 hasil pelaksanaan Program One Stop Centre Sejahtera Sosial yang dilaksanakan Pejabat Pembangunan Negeri.

Menurut beliau, berdasarkan data eKasih, daripada 9,402 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada dalam kategori miskin tegar pada awal tahun lalu menurun kepada hanya 3,911 KIR.

'Ziarah kasih bersama Kak Sal' bantu golongan memerlukan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed (kanan) meninjau keadaan bilik air penerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Mohamad Shahrizal Hamdi 28, yang juga pesakit kanser darah pada Program Ziarah Kasih Bersama Kak Sal Daerah Kerian di Parit Haji Aman Atas, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MAY 2024.

Bagi memastikan isu miskin tegar terus merekodkan penurunan, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed mengambil inisiatif turun padang menjejaki golongan kurang berkemampuan menerusi program ‘Ziarah Kasih bersama Kak Sal’.

Salbiah berkata, program tersebut adalah rutinnya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke daerah seluruh Perak bagi mengenal pasti bantuan bersesuaian untuk mereka yang layak supaya masyarakat di negeri ini keluar dari belenggu kedaifan.

Menurutnya, selain JKM, terdapat agensi lain yang turut terlibat antaranya Pejabat Pembangunan Negeri (ICU), Perkeso, penghulu pentadbiran daerah dan kepimpinan setempat.

“Kalau kita cakap pasal menoktahkan (miskin tegar) itu adalah perkara yang akan mengambil jangka masa panjang dan berterusan.

'Ziarah kasih bersama Kak Sal' bantu golongan memerlukan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed pada sidang media ketika Program Ziarah Kasih Bersama Kak Sal Daerah Kerian di Jalan Kuak, Parit Buntar. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MAY 2024

“Oleh itu, program kita sentiasa berterusan supaya tiada yang tertinggal dan tercicir dalam mendapatkan manfaat yang disediakan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi tujuh buah rumah di sekitar daerah Kerian terdiri daripada pelbagai latar belakang berdasarkan maklumat diperolehi menerusi petugas khas (task force) yang melibatkan pelbagai agensi berkaitan di Perak.

Mengulas lanjut Salbiah berkata, menerusi program tersebut pelbagai sudut dilihat sama ada untuk memberi bantuan kepada penerima baharu, menambah baik bantuan kepada penerima sedia ada dan perkara-perkara yang bersesuaian berdasarkan keadaan semasa penerima.

“Senarai (penerima bantuan) ini bukan kita pakai terjah, itu sebab pentadbiran tersebut ada bersama kita untuk kenal pasti sebab dalam senarai task force dalam pembasmian kemiskinan dan menoktahkan kemiskinan yang diunjurkan oleh kerajaan.

'Ziarah kasih bersama Kak Sal' bantu golongan memerlukan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menemui penerima Bantuan Warga Emas (BWE), Chew Chin Joo 81, ketika Program Ziarah Kasih Bersama Kak Sal Daerah Kerian di Lorong Pasar, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MAY 2024.

“Turut bersama saya penghulu pentadbiran daerah yang kenal rapat dan juga kepimpinan setempat  serta dalam masa sama kita cuba untuk mengenal pasti takut ada masyarakat yang tercicir dari segi

Peserta gembira, zahir rasa syukur dibantu keluar dari kemiskinan

Sementara itu, bagi mereka yang dibantu meluahkan rasa syukur dan gembira dengan usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri Perak dalam memabntu golongan berkenaan keluar dari kemiskinan.

M Mogan, 43, meluahkan rasa gembira kerana Salbiah datang ke rumah untuk melihat sendiri keadaan keluarganya.

Bapa kepada enam cahaya mata iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan berusia antara 7 hingga 17 itu mengalami kemalangan kira-kira 10 tahun lalu sehingga mengalami kecederaan di kaki kanan serta sukar untuk melakukan kerja-kerja berat.

'Ziarah kasih bersama Kak Sal' bantu golongan memerlukan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed (dua,kanan) menyampaikan sumbangan kotak makanan Yayasan Perak kepada penerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK), M Mogan 43, (kiri) ketika Program Ziarah Kasih Bersama Kak Sal Daerah Kerian di Jalan Kuak, Parit Buntar. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MAY 2024

“Sekarang saya bekerja sebagai buruh dan hanya melakukan kerja-kerja ringan sahaja kerana keadaan fizikal yang tidak mengizinkan.

“Isteri turut membantu dengan melakukan kerja mencuci rumah bagi menambah pendapatan untuk menampung kami tujuh sekeluarga,” katanya ketika ditemui MG Perak di rumah sewanya di Pekan Baru, Parit Buntar pada Khamis.

Dia memberitahu, anak-anaknya adalah penerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban mereka di sekolah.

“Sebelum ini, saya tidak pernah dapat sebarang bantuan dan tadi saya dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan yang sesuai kepada saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Shahrizal Hamdi, 28, dari Parit Haji Aman Atas, Bagan Serai bersyukur akhirnya bilik air rumahnya akan diperbaiki serta sebuah bilik tidur akan dibina untuk anak-anaknya.

'Ziarah kasih bersama Kak Sal' bantu golongan memerlukan
Penerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Mohamad Shahrizal Hamdi 28, yang juga pesakit kanser darah memohon membaiki bilik air rumahnya pada Program Ziarah Kasih Bersama Kak Sal Daerah Kerian di Parit Haji Aman Atas, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MAY 2024.

“Alhamdulillah syukur kerana kami sekeluarga akan menerima bantuan bilik tidur dan bilik air untuk kegunaan kami sekeluarga.

“Pada masa kini, saya menerima bantuan JKM dan pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana sebelum ini saya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Bagaimanapun, selepas saya disahkan menghidap leukemia, saya terpaksa berhenti kerja dan hanya bekerja kampung untuk menyara hidup kami bertujuh,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Taiping setiap tiga bulan.

Warga emas, Chew Chen Joo, 81, yang tinggal di rumah pusakanya di Lorong Pasar, Bagan Serai sejak lahir tersenyum lebar apabila Salbiah singgah menemuinya dan isteri, Tang Lang Moi, 81.

Penerima Bantuan Warga Emas (BWE), Chew Chin Joo 81, kelihatan gembira ketika Program Ziarah Kasih Bersama Kak Sal Daerah Kerian di Lorong Pasar, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MAY 2024.

“Saya hati banyak seronok, Datuk (Salbiah) banyak tolong sama kita. Sekarang saya hanya tinggal sama isteri, menantu dan cucu. Saya juga sudah sakit kaki sikit tidak larat dan isteri tak boleh jalan,” katanya.

Program ziarah kasih ini adalah salah satu inisiatif bagi menjayakan Pelan Perak Sejahtera 2030 melalui Flagship 6 iaitu Membasmi Miskin Tegar menjelang tahun 2025. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MGPerak: ‘Ziarah Kasih Bersama Kak Sal’ Turun Padang Bantu Golongan Rentan

MGPerak: Jangan Menangguk Di Air Keruh, 80 Peratus KIR Miskin Tegar Di Perak Berjaya Keluar

MGPerak: ‘Ziarah Kasih Bersama Kak Sal’ Turun Padang Bantu Golongan Rentan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI