Zulkafli pangku jawatan Ketua Polis Perak

IPOH – Timbalan Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat memangku jawatan Ketua Polis Perak selepas Datuk Azizi Mat Aris bersara wajib pada Ahad ini.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, dekat sini, pada Jumaat.

Zulkafli pangku jawatan Ketua Polis Perak Azizi tugas
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 NOVEMBER 2024.

Selain itu, turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak antara Datin Wanita Wari kepada Zaleta Ibrahim.

Azizi menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Perak menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri bermula 16 Julai lalu.

Beliau yang berasal dari Kampung Cheh Kati, Kuala Kangsar itu memulakan khidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pencegahan Jenayah di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang Kelantan pada tahun 1987.

Zulkafli pangku jawatan Ketua Polis Perak Azizi tugas
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris memeluk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 NOVEMBER 2024.
Zulkafli pangku jawatan Ketua Polis Perak Azizi tugas
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris melambai tangan kepada pegawai dan anggota polis pada Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 NOVEMBER 2024.

Azizi kemudian menggalas jawatan Timbalan Ketua Polis Perak bermula 8 November 2021 sebelum kemudian mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Perak.

Terdahulu, Azizi dan Wanita dibawa menaiki kenderaan istiadat polis pada Majlis Paluan Berundur di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, dekat sini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Polis dibayar gaji untuk berkhidmat, penuhi kehendak rakyat

Azizi Ketua Polis Perak baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI