136 kes kencing tikus direkodkan di Kinta

IPOH – Sebanyak 136 kes Leptospirosis atau kencing tikus dikesan berlaku di sekitar Daerah Kinta, setakat Jun lalu.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, kes wabak berkenaan mencatatkan peningkatan pada tahun lalu selepas 138 kes direkodkan berbanding 81 kes pada tahun 2022.

Justeru itu katanya,aktiviti kempen kawalan tikus yang bermula pada Mei lalu dilanjutkan sehingga 31 Julai ini yang memberi tumpuan kepada Pasar Besar Ipoh.

kes kencing tikus Kinta pasar besar ipoh MBI rumaizi
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin ketika hadir merasmikan Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2024 di Pasar Besar Ipoh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pada Sabtu. Foto IHSAN MBI

“949 perangkap telah dipasang di sekitar Pasar Besar Ipoh dan sebanyak 485 ekor tikus telah ditangkap dan dilupuskan setakat bulan lalu.

“Keputusan indeks tikus pada Mei adalah indeks 3 atau indeks tinggi, sementara pada Jun ia merekodkan keputusan indeks menurun kepada indeks 2 atau sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2024 di Pasar Besar Ipoh, pada Sabtu.

Menurut Rumaizi, kempen berkenaan adalah salah satu daripada aktiviti berterusan MBI yang selaras dengan hasrat ‘Ipoh Bandaraya Terbersih’.

kes kencing tikus Kinta pasar besar ipoh MBI rumaizi
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin ketika hadir merasmikan Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2024 di Pasar Besar Ipoh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pada Sabtu. Foto IHSAN MBI

Jelas beliau, sasaran skop kawalan tikus pihak berkuasa tempatan (PBT) pada tahun ini adalah melibatkan kategori Pasar Awam Utama di bawah seliaan PBT.

Kata beliau lagi, justeru itu Unit Kawalan vektor, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI, telah memilih Pasar Besar Ipoh untuk menjalankan kempen tersebut secara berfasa.

Tambah Rumaizi, antara tujuan pelaksaan kepada Kempen Membasmi Infestasi Tikus itu adalah mencegah penularan penyakit bawaan dan mengurangkan populasi tikus serta meningkatkan tahap kecekapan PBT dalam kawalan haiwan perosak itu.

kes kencing tikus Kinta pasar besar ipoh MBI rumaizi
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin ketika hadir merasmikan Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2024 di Pasar Besar Ipoh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pada Sabtu. Foto IHSAN MBI

“Punca utama masalah hurungan tikus di Pasar Besar Ipoh adalah disebabkan oleh pengurusan sisa-sisa jualan ikan, sayur dan buah-buahan yang tidak sempurna.

“Keadaan persekitaran seperti lubang di sekitar bangunan pasar, bekas-bekas penyimpanan polistirena, kotak kadbod yang tidak bersih serta disimpan secara tidak teratur sehingga menjadi tempat tikus,” katanya.

Di samping itu, beliau berharap agar semua peniaga di pasar berkenaan dapat memberi kerjasama kepada MBI dalam usaha menangani masalah tikus khususnya daripada aspek pelupusan sisa jualan dan sampah. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pasar lengang, peniaga mengeluh orang ramai takut berbelanja

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI