Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat lawat bazar Ramadan di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat melawat bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar, di sini, pada Sabtu.

Baginda berdua berkenan meluangkan masa sekitar 20 minit sebaik tiba di perkarangan bazar pada jam 5.16 petang.

Keberangkatan tiba baginda disambut Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Dr Sakduddin Zamli.

Sultan Nazrin lawat bazar Ramadan Kuala Kangsar • Tuanku Zara bazar Ramadan • bazar Ramadan Kuala Kangsar • Sultan Perak lawatan bazar • bazar Arena Kuala Kangsar • keberangkatan Sultan Perak • aktiviti Ramadan Kuala Kangsar • Sultan Nazrin Tuanku Zara Sultan Nazrin bazar Ramadan Kuala Kangsar Tuanku Zara bazar Ramadan Arena • Sultan Perak pesan kurang gula • Pembayaran cashless bazar Ramadan Perak • Majlis berbuka puasa Istana Iskandariah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Dr Hashim Bujang dan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara dilihat membeli pelbagai juadah antaranya kuih-muih tradisional selain meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyantuni orang ramai di Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.

Selain itu, Sultan Nazrin juga sempat menitipkan pesanan kepada peniaga bazar agar mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman yang dijual.

Baginda juga turut memuji peniaga yang menyediakan kaedah pembayaran alternatif menerusi sistem pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’ kepada pelanggan.

Sultan Nazrin lawat bazar Ramadan Kuala Kangsar • Tuanku Zara bazar Ramadan • bazar Ramadan Kuala Kangsar • Sultan Perak lawatan bazar • bazar Arena Kuala Kangsar • keberangkatan Sultan Perak • aktiviti Ramadan Kuala Kangsar • Sultan Nazrin Tuanku Zara Sultan Nazrin bazar Ramadan Kuala Kangsar Tuanku Zara bazar Ramadan Arena • Sultan Perak pesan kurang gula • Pembayaran cashless bazar Ramadan Perak • Majlis berbuka puasa Istana Iskandariah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berswafoto bersama orang ramai di Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar bersama pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.

Pada masa sama, pengunjung bazar juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar dengan Sultan Nazrin dan Tuanku Zara dengan menggunakan telefon pintar masing-masing.

Malam ini, baginda berdua dijadual berangkat ke majlis berbuka puasa bersama petugas media, anggota sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan belia di Istana Iskandariah, di sini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Booth Prihatin’ Bazar Ramadan Medan Gopeng bantu golongan memerlukan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI