IPOH – Warisan adat dan kesenian Melayu seperti berzanji dan marhaban wajar dijadikan antara pengisian dalam pelbagai program bagi menghidupkan semula warisan budaya Melayu Islam, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, usaha memartabatkan warisan berkenaan pula tidak seharusnya bermusim atau terhad kepada bentuk pertandingan semata-mata.
Katanya, sebaliknya ia perlu diterapkan secara berterusan dalam pelbagai aktiviti sama ada di peringkat sekolah mahupun jabatan kerajaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





