MGPerak: Deepavali: KPDN Perak Gerak Lebih 200 Pegawai, Pantau 11 Barangan

66

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menggerakkan seramai 268 pegawai bagi memastikan pematuhan peniaga sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali yang berkuat kuasa seminggu sehingga 10 November ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kekuatan anggota itu merangkumi 193 pegawai penguat kuasa dan 75 pegawai pemantau harga yang akan menjalankan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan di lokasi strategik.

Menurutnya, operasi pemantauan memberi tumpuan kepada pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah yang menjual barangan keperluan perayaan. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini