25 koperasi sekolah di Perak terima peruntukan RM100,000

IPOH – Sebanyak 25 koperasi sekolah di Perak menerima peruntukan berjumlah RM100,000 menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Sekolah (PERKS) 2026 bagi merancakkan aktiviti perniagaan koperasi.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program yang pertama kali dilaksanakan itu menyasarkan 2,000 anggota pelajar koperasi sekolah sebagai penerima manfaat.

Menurutnya, setiap koperasi sekolah yang terpilih menerima peruntukan RM4,000 yang disalurkan dalam bentuk baucar pembelian bernilai RM50 kepada 80 pelajar di setiap sekolah.

“Program ini berbentuk dua dalam satu, iaitu kita mengupayakan koperasi sekolah dan dalam masa sama nilai tersebut diserahkan kepada pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah untuk menerima manfaat.

“Mereka akan menggunakan baucar berkenaan bagi membeli keperluan persekolahan di koperasi masing-masing.

“Program ini juga antara lain bertujuan meningkatkan nilai jualan dan transaksi serta memperkukuh kedudukan kewangan koperasi sebagai institusi ekonomi pendidikan yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Cek Cura Program Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Sekolah (PERKS) 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.

1. Focus keyphrase Koperasi sekolah di Perak 2. Keyphrase synonyms Peruntukan koperasi sekolah Perak, bantuan koperasi sekolah 2026, PERKS 2026, dana koperasi sekolah, bantuan kewangan koperasi sekolah 3. Related keyphrases (5) 1. 25 koperasi sekolah terima bantuan 2. Peruntukan RM100,000 koperasi sekolah 3. Program PERKS 2026 Perak 4. Bantuan RM4,000 koperasi sekolah 5. Salbiah Mohamed koperasi sekolah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan cek cura Program Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Sekolah (PERKS) 2026 kepada koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik Berhad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 NOVEMBER 2026.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dan hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah.

Antara 25 sekolah yang tersenarai sebagai penerima adalah, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Dato`ahmad Said Ipoh Berhad; Koperasi SMK Sekolah Ahmad Boestamam Sitiawan Berhad serta Koperasi SMK Changkat Beruas Perak Berhad.

Mengulas lanjut Salbiah berkata, inisiatif itu turut mengambil kira keperluan membantu koperasi sekolah berskala kecil yang berdepan kekangan modal dan memerlukan suntikan bagi mengembangkan aktiviti perniagaan.

Kata beliau, kebanyakan koperasi sekolah yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh terdiri daripada sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah berasrama yang mampu menjana pendapatan tahunan lebih tinggi.

“Bagi koperasi sekolah yang kecil, kadangkala mereka kurang bersemangat kerana tidak mempunyai suntikan modal untuk mengembangkan perniagaan.

“Jadi, kita mengambil inisiatif ini untuk membantu dan mengupayakan mereka menerusi suntikan modal sebanyak RM4,000, tetapi dalam bentuk bantuan kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata, baucar berkenaan juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga menjelang sesi persekolahan baharu, khususnya bagi mendapatkan buku dan kelengkapan yang dijual di koperasi sekolah.

Dalam pada itu, Salbiah memberitahu, pemilihan 25 koperasi berkenaan dilaksanakan melalui proses saringan dan penilaian oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak bagi memastikan penerima memenuhi kriteria ditetapkan.

Kata beliau, pelaksanaan PERKS 2026 turut bertujuan meningkatkan nilai jualan dan transaksi koperasi, memperkukuh kedudukan kewangan serta menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah.

Jelas Salbiah, pelaksanaan program itu diselaraskan SKM Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan koperasi sekolah terlibat, termasuk urusan penebusan baucar, pemantauan serta pelaporan. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Koperasi perlu bergerak seiring pertumbuhan ekonomi negeri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI