Deepavali: KPDN Perak gerak lebih 200 pegawai, pantau 11 barangan

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menggerakkan seramai 268 pegawai bagi memastikan pematuhan peniaga sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali yang berkuat kuasa seminggu sehingga 10 November ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kekuatan anggota itu merangkumi 193 pegawai penguat kuasa dan 75 pegawai pemantau harga yang akan menjalankan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan di lokasi strategik.

Menurutnya, operasi pemantauan memberi tumpuan kepada pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah yang menjual barangan keperluan perayaan. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail merasmikan Program PATUH peringkat negeri Perak di Pasar Awam Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 NOVEMBER 2026.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi walkabout SHMMP Deepavali 2026 dan Program PATUH peringkat negeri Perak di Pasar Awam Tanjung Rambutan, di sini, pada Rabu. 

Kamalludin berkata, sebanyak 11 jenis barangan keperluan ditetapkan di bawah skim berkenaan bagi menstabilkan harga serta memastikan bekalan mencukupi sepanjang musim perayaan.

Jelas beliau, antara barangan terbabit ialah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, santan kelapa, bawang merah kecil, bawang besar merah, ubi kentang China dan kacang dal Australia.

Pada masa sama beliau berkata, berdasarkan pelaksanaan skim sama pada tahun lalu, KPDN Perak merekodkan 35 kes kesalahan membabitkan kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga khas berwarna merah jambu.

SHMMP Deepavali 2026 2. Keyphrase synonyms Skim Harga Maksimum Deepavali, kawalan harga Deepavali 2026, pemantauan harga barang Deepavali, penguatkuasaan harga barang Deepavali 3. Related keyphrases (5) 1. KPDN Perak pantau harga barang 2. 268 pegawai penguat kuasa KPDN 3. 11 barangan harga maksimum Deepavali 4. Harga barang keperluan Deepavali 2026 5. Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail ketika sesi walkabout SHMMP Deepavali 2026 dan Program PATUH peringkat negeri Perak di Pasar Awam Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 NOVEMBER 2026.

“Pada tahun ini, kita berharap semua peniaga mematuhi peraturan ditetapkan kerana matlamat kita bukan semata-mata untuk mengambil tindakan, sebaliknya memastikan semua pihak menjalankan perniagaan mengikut peraturan,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamalludin berkata, KPDN Perak turut melaksanakan Program Pasar PATUH dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kamalludin berkata, program yang dilaksanakan di Pasar Awam Tanjung Rambutan itu bertujuan meningkatkan kecekapan penguatkuasaan, mewujudkan persekitaran perniagaan beretika serta memupuk kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti agensi penguatkuasaan.

Menurut beliau, Program PATUH merangkumi tiga komponen utama iaitu Zon Persinggahan PATUH di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian terpilih, Pasar PATUH yang melibatkan pasar awam dan moden serta Zon Tumpuan Pelancongan PATUH.

“Di Perak, kita turut melaksanakan Zon Tumpuan Pelancongan PATUH di taman tema Lost World of Tambun bagi memastikan hak pengguna terus dilindungi, selain menjaga imej sektor pelancongan negeri. 

“Setakat ini, pelaksanaan Program PATUH di Perak merangkumi lapan premis Pasar PATUH, satu premis Zon Tumpuan Pelancongan PATUH dan 21 premis Zon Persinggahan PATUH,” katanya.  – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak sita 80 tong LPG di Batu Kurau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI