30 murid tiga SJKT sekolah kurang murid di DUN Belanja terima sumbangan Deepavali

PARIT – Seramai 30 murid daripada tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kategori sekolah kurang murid (SKM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali yang bakal diraikan pada 8 November ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah ketika mengadakan lawatan ke SJKT Ladang Glenealy, SJKT Ladang Buloh Akar dan SJKT Ladang Serapoh di sini.

Menurutnya, program berkenaan adalah inisiatif tahunan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana di sekolah terbabit.

30 murid tiga SJKT sekolah kurang murid di DUN Belanja terima sumbangan Deepavali
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Khairudin Abu Hanipah (duduk, tiga kiri) ketika sesi bergambar pada Program Sumbangan Deepavali Kepada Murid Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Glenealy, Parit. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 NOVEMBER 2026.

“Meskipun ketiga-tiga sekolah itu mempunyai jumlah murid yang sedikit namun masing-masing tetap komited melaksanakan pengurusan dan program pendidikan mengikut takwim yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Kunjungan ini juga memberi peluang kepada saya untuk beramah mesra dengan murid dan warga sekolah, selain mengingatkan mereka supaya tidak mengabaikan pelajaran ketika meraikan musim perayaan,” katanya.

Khairudin berkata, pendidikan memainkan peranan penting dalam mengubah masa depan seseorang, justeru murid perlu terus memberikan tumpuan kepada pembelajaran demi mencapai kecemerlangan.

30 murid tiga SJKT sekolah kurang murid di DUN Belanja terima sumbangan Deepavali
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Khairudin Abu Hanipah ketika sesi bergambar pada Program Sumbangan Deepavali Kepada Murid Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Buloh Akar, Parit. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 NOVEMBER 2026.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan murid supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri sepanjang cuti dan sambutan Deepavali bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya berharap sambutan Deepavali yang membawa simbolik cahaya itu dapat menjadi sumber inspirasi kepada murid dan warga sekolah untuk terus berusaha, meneroka peluang serta meningkatkan pencapaian dalam bidang pendidikan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

JPN, PPD disaran cari kaedah khusus tanggani sekolah kurang murid di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI