KPDN Perak sita 80 tong LPG di Batu Kurau

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 80 tong gas petroleum cecair (LPG) berkapasiti 14 kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah kedai runcit di Batu Kurau, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi itu dijalankan jam 10 pagi semalam menerusi Ops Tiris 4.0 Bersepadu oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping.

Menurutnya, pemeriksaan di premis berkenaan menemui bekalan tong gas LPG 14kg yang disimpan melebihi had kuantiti yang dibenarkan dalam lesen.

“Sehubungan itu, satu notis di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pemilikan barang kawalan yang disimpan di premis tersebut.

“Hasil maklum balas terhadap notis berkenaan mendapati premis itu memiliki Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) yang sah serta mempunyai bekalan semasa LPG sebanyak 1,120kg.

“Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati jumlah simpanan itu telah melebihi had kuantiti yang dibenarkan mengikut syarat lesen runcit CSA yang dimiliki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, susulan itu, KPDN mengambil tindakan menyita 80 tong LPG 14kg bersama dokumen berkaitan dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM8,528.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN rampas 94 tong LPG, 270 liter petrol di perkampungan Orang Asli

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI