IPOH – Sebanyak 25 koperasi sekolah di Perak menerima peruntukan berjumlah RM100,000 menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Sekolah (PERKS) 2026 bagi merancakkan aktiviti perniagaan koperasi.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program yang pertama kali dilaksanakan itu menyasarkan 2,000 anggota pelajar koperasi sekolah sebagai penerima manfaat.
Menurutnya, setiap koperasi sekolah yang terpilih menerima peruntukan RM4,000 yang disalurkan dalam bentuk baucar pembelian bernilai RM50 kepada 80 pelajar di setiap sekolah. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





