2 juta rakyat Perak terima manfaat Program Jualan Rahmah

IPOH – Hampir dua juta rakyat di Perak telah menikmati manfaat daripada Program Jualan Rahmah (PJR) yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak tahun lalu sehingga hari ini.

Sepanjang tempoh itu sebanyak 1,202 program jualan dilaksanakan di sekitar negeri ini dengan nilai jualan berjumlah RM64.18 juta telah direkodkan setakat 28 Oktober melibat diskaun antara 10 hingga 30 peratus.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, menerusi program itu, seramai 800,754 menerima manfaat pada tahun lalu dan jumlahnya meningkat kepada 1.065 juta orang setakat 28 Oktober.

“Sehingga hari ini (28 Oktober) sebanyak 694 PJR diadakan berbanding tahun lalu kita laksanakan 508 iaitu peningkatan sebanyak 36 peratus.

“Manakala jumlah penerima manfaat atau jumlah pengunjung pada tahun ini sebanyak 1.065 juta berbanding tahun lalu 800,754 orang.

“Bagi nilai jualan barangan PJR adalah sebanyak RM44.23 juta setakat 28 Oktober manakala hanya RM19.95 juta diperoleh pada 2023,” katanya.

Program Jualan Rahmah beri manfaat hampir 2 juta rakyat Perak
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail memeriksa barang harga terkawal ketika sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2024 di Aeon Station 18, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2024.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Aeon Station 18, di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamalludin berkata, sebanyak 35 PJR akan diadakan di seluruh Perak bermula 26 hingga 30 Oktober sempena perayaan Deepavali.

“Antara lokasi yang akan terlibat di Ipoh adalah Pasir Pinji, Keranji dan Simpang Pulai,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan KPDN Perak mempunyai 169 penguat kuasa dan 70 Pegawai Pemantau Harga (PPH) akan melaksanakan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan di lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli belah barangan keperluan perayaan.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” ujarnya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah SHMMP Deepavali 2024 melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak SADC tawar 24 ekor lembu, 3,600 ayam pada Jualan Rahmah Aidilfitri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI