20 tahun menyewa, Asri bersyukur miliki kediaman sendiri melalui Rumah Perakku

MANJUNG – Impian Asri Awang Ahmad, 45, untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai selepas 20 tahun menyewa bersama isteri dalam membesarkan dua anak mereka.

Momen tersebut menjadi lebih istimewa apabila kunci kediaman bernilai RM85,000 itu diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Penyerahan Kunci bagi pembeli Rumah Perakku di Taman Perakku, Batu 14 Lekir, Sitiawan di sini.

20 tahun menyewa, Asri bersyukur miliki kediaman sendiri melalui Rumah Perakku
Kawasan Perumahan Taman Perakku Batu 14, Lekir. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Menurutnya, dia menunggu hampir lima tahun untuk mendapatkan rumah idamannya itu.

“Sepanjang 20 tahun, saya sudah dua kali menyewa dan Alhamdulillah untuk kali ketiga saya memiliki rumah sendiri.

“Saya berasa lega kerana tidak perlu lagi membayar sewa setiap bulan. Sekarang, saya hanya perlu membayar komitmen bulanan sekitar RM400 lebih dan bila selesai bayar rumah itu akan menjadi hakmilik saya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Asri turut memuji inisiatif Kerajaan Negeri Perak yang menyediakan projek Rumah Perakku bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah pertama.

“Inisiatif ini bagus dalam bagus dalam membantu rakyat. Kalau di luar harga rumah mencecah ratusan ribu.

“Jadi, projek Rumah Perakku ini memang berbaloi dan Alhamdulillah saya sebagai penerima menganggap ia adalah rezeki dan sesuai dengan kelayakan.

Bayaran bulan pun tidak membebankan,” ujarnya yang berasal dari Batu 14, Lekir.

20 tahun menyewa, Asri bersyukur miliki kediaman sendiri melalui Rumah Perakku
Asri Awang Ahmad, 45, ketika temubual bersama media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku di Taman Perakku Batu 14, Lekir, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Sementara itu, Muhammad Iqbal Mat Sani, 26, bersyukur kerana akhirnya dia bersama ibu, bapa dan adik beradiknya dapat tinggal di rumah sendiri.

Dia yang berkongsi penama bersama ibunya, Cik Su Kamis, 58, berkata, dia mendapat bantuan daripada ketua kampung berhubung skim Rumah Perakku.

“Saya sebagai pelapis dalam keluarga cuba untuk maju ke depan dengan menaik taraf kehidupan keluarga.

“Dalam 10 tahun juga kami mencari rumah sendiri, akhirnya dapat. InshaAllah kami sekeluarga akan masuk rumah tahun depan,” kata peniaga ikan itu.

20 tahun menyewa, Asri bersyukur miliki kediaman sendiri melalui Rumah Perakku
Che Su Kamis, 58, serta anaknya Muhammad Iqbal Mat Sani, 26, menerima geran dan kunci rumah ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku di Taman Perakku Batu 14, Lekir, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Projek Rumah Perakku di Taman Perakku, Batu 14 Lekir dibina di atas tanah seluas 1.7 hektar dengan sokongan dana mudahcara serta subsidi infrastruktur RM3 juta daripada kerajaan negeri bagi memastikan kemudahan asas lengkap disediakan.

Selepas melalui cabaran termasuk pandemik Covid-19, projek ini berjaya disiapkan dan mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), membolehkan penyerahan rasmi dilakukan kepada 60 pembeli rumah tersebut.

Projek rumah teres setingkat kos rendah yang dilaksanakan hasil kerjasama antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak serta pemaju Seri Bumi Makmur Sdn Bhd bermula sejak April 2018 ditawarkan pada harga serendah RM85,000, iaitu jauh lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

Rumah tersebut dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan ruang parkir, sesuai untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

1,388 Rumah Perakku, 882 Rumah Perwira siap di seluruh negeri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI