MGPerak: Konflik Asia Barat: Perak Alukan Pelabur Asia Timur Ke Negeri Ini

640

Kerajaan Negeri Perak mengalu-alukan kehadiran pelabur dari negara-negara Asia Timur untuk melabur di negeri ini susulan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat ketika ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, situasi ketidaktentuan geopolitik global itu tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman semata-mata, sebaliknya ia membuka peluang baharu kepada negeri untuk menarik pelaburan asing yang akhirnya memberi impak positif kepada rakyat.

Katanya, pelabur dari negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun dan China boleh mempertimbangkan Perak sebagai destinasi strategik memandangkan kedudukannya yang selamat serta tidak terkesan secara langsung dengan laluan perdagangan berisiko seperti Selat Hormuz. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #konflikasiabarat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

2 KOMEN

  1. Membuka peluang pelaburan dari Asia Timur sebagai alternatif kepada ketidaktentuan geopolitik di Barat adalah langkah bijak. Pendekatan proaktif ini memang boleh menjadikan Perak sebagai hab yang lebih menarik dan stabil untuk pelabur asing.

  2. The point about Perak’s strategic safety, being insulated from risky trade routes like the Strait of Hormuz, is a compelling advantage to highlight. It reframes a global challenge into a clear local opportunity for stability-seeking investors. Hopefully this pragmatic approach yields tangible projects for the state.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini