MGPerak: Upah RM12,600 Seludup Ganja, Lelaki Singapura Dicekup Di Lapangan Terbang

60

Seorang lelaki warga Singapura yang dijanjikan upah sebanyak SGD4,000 (lebih RM12,600) untuk membawa sebuah bagasi ke London, England, ditahan selepas disyaki menjadi keldai dadah di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini, Ahad lalu.

Suspek yang merupakan penganggur berusia 29 tahun itu ditahan selepas polis menemukan 19.04 kilogram dadah disyaki bunga ganja bernilai RM1.52 juta di dalam bagasi dibawanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kegiatan itu terbongkar kira-kira ja. 6.20 pagi apabila anggota polis bantuan LTSAS mengesan bagasi mencurigakan ketika menjalankan pemeriksaan di kaunter daftar masuk. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #keldaidadah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini