Polis sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan sekumpulan individu bermain mercun di kawasan persimpangan lampu isyarat di Ipoh seperti yang tular menerusi media sosial sejak Isnin.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu setakat ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #mainmercun #lampuisyarat





