29 lampu LED terangi Taman Tasik Taiping

TAIPING – Sebanyak 29 lampu solar diod pemancar cahaya (LED) dipasang  sepanjang 700 meter laluan pejalan kaki di Taman Tasik Taiping.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, pemasangan lampu itu telah disiapkan secara berperingkat oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) melalui Kelab Rotary Taiping, sekitar September lalu.

Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim
Sebanyak 29 lampu solar diod pemancar cahaya (LED) di pasang di sepanjang 700 meter laluan pejalan kaki di Taman Tasik Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 DISEMBER 2023.

Katanya, kerajaan negeri melalui pejabat beliau memperuntukkan lebih RM57,000 bagi pemasangan 22 lampu LED, sementara selebihnya melalui sumbangan daripada OCBC Bank.

“Walaupun ia tidak melibatkan pemasangan kabel elektrik yang banyak namun, projek ini memakan kos yang agak tinggi.

“Akan tetapi melalui usaha ini, kita harap ia akan menggalakkan lagi aktiviti riadah di persekitaran Taman Tasik Taiping seperti aktiviti jogging berkumpulan dan sebagainya. Ia juga meningkatkan lagi tahap keselamatan pengunjung di situ,” katanya.

Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak, Teh Kok Lim pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Projek Lampu Solar LED di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Lampu Solar LED di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping, malam tadi.

Tambah Kok Lim, walaupun kesemua lampu LED itu dipasang, namun ia hanya menerangi laluan pejalan kaki sahaja, sebagai usaha untuk tidak mengganggu kelestarian alam sekitar di kawasan berkenaan pada waktu malam.

Selain itu, jelas beliau kerajaan negeri bersedia untuk melihat keperluan bagi memperbanyakkan lagi pemasangan lampu seumapa itu di kawasan-kawasan rekreasi lain di Perak.

Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak, Teh Kok Lim meninjau sekitar kawasan lampu solar diod pemancar cahaya (LED) pada Majlis Pelancaran Projek Lampu Solar LED di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 DISEMBER 2023.
Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim Taiping lampu LED Taman Tasik Taiping Perak rekeasi teh kok lim
Sebanyak 29 lampu solar diod pemancar cahaya (LED) di pasang di sepanjang 700 meter laluan pejalan kaki di Taman Tasik Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 DISEMBER 2023.

Pada masa sama, Kok Lim berkata, MPT dijangka melancarkan sebuah projek perintis kelestarian alam iaitu dengan mewujudkan sebuah mesin yang mampu menukar bahan buangan organik atau sisa makanan kepada bahan kompos pada Februari depan.

“Ia merupakan projek perintis yang kita akan lihat keberkesanannya sebelum diperluaskan kepada seluruh negeri.

“Kita sudah mengadakan lawatan ke Selangor baru-baru ini untuk melihat kaedah pelaksanaanya yang mana ia telah dijalankan di negeri itu sejak tahun 2008,” ujar beliau lagi.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak Sejahtera 2030: Pekasam Taiping tembusi pasaran luar negara

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI