Taiping terima anugerah bandar pelancong bersih ASEAN peringkat kebangsaan

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berjaya merekodkan pencapaian membanggkan apabila terpilih untuk menerima Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN peringkat kebangsaan bagi tempoh tahun 2024 hingga 2026.

Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, anugerah yang diterima bandar warisan itu susulan kejayaan MPT yang berjaya mematuhi kriteria penilaian yang ditetapkan sebelum ini.

taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong taiping bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping bersih taiping bersih
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir pada sidang media Mesyuarat Penuh Bilangan 10 Tahun 2023 di Wisma Perbandaran Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 DISEMBER 2023.

“Ini merupakan pengiktirafan terbaru khususnya kepada komuniti dan pelancongan Taping selepas berjaya merangkul anugerah ‘Best Muslim Friendly Nature Destination’ sempena Majlis World Islamic Tourism Awards (WITA) 2023 pada 15 September lalu.

“Malah, MPT turut menerima Anugerah Bandar Mampan 2023 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2023 peringkat Negeri Perak pada 25 November lalu.

“Ini sekali lagi mengesahkan keupayaan MPT dalam membangunkan bandar Taiping sebagai destinasi pelancongan mesra alam, holistik dan mampan,” katanya.

taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping bersih taiping bersih
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir (kanan) berbincang dengan Setiausaha Perbandaran, Khairul Anwar Hashim (kiri) selepas Mesyuarat Penuh Bilangan 10 Tahun 2023 di Wisma Perbandaran Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bilangan 10 Tahun 2023 MPT di Wisma Perbandaran Taiping, pada Jumaat.

Tambah Khairul Amir, majlis Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN peringkat kebangsaan itu dijadual diadakan pada tahun hadapan.

Dalam pada itu katanya, MPTI akan mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping di Dataran Warisan, pada 20 Januari depan.

Katanya majlis itu dijadual akan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping bersih taiping bersih taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah taiping anugerah bandar pelancong bersih asean taiping perak anugerah
Bandar Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 DISEMBER 2023.

“Tarikh itu dipilih sebagai tanda simbolik penubuhan bandar Taiping pada 20 Januari 1874, yang mana ia bersempena tamatnya Perang Larut keempat pada tahun 1873 dan juga Perjanjian Pangkor,” ujarnya.

Tambah beliau, bagi merancakkan lagi sambutan itu, sebanyak 18 acara telah disusun MPT bagi sepanjang Januari depan antaranya Pameran Zoologi: Seni Taksidermi; Pameran Setem; Pertandingan dan Pameran Fotografi Warisan Budaya Taiping. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

29 lampu LED terangi Taman Tasik Taiping

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI