300 maut, 800 lagi cedera pada hari kelapan serangan Israel di Gaza

GAZA – Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Jurucakap Ashraf al-Qidra berkata kebanyakan yang terbunuh pada Sabtu terdiri kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata seramai 800 lagi penduduk Palestin cedera dalam serangan itu.

Sejak 7 Okt lepas, Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang  memusnahkan kawasan kediaman, selain menyebabkan ribuan penduduk terkorban dan cedera, dengan hampir 40 peratus daripada mangsa terdiri kanak-kanak dan wanita.

— BERNAMA-ANADOLU

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI