32 warga asing berjaya ditahan hari ketiga Op Kesan

TAPAH – Seramai 32 pendatang tanpa izin (PATI) termasuk etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Khamis lalu berjaya diberkas pada hari ketiga Op Kesan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada jumlah berkenaan seramai 30 orang merupakan etnik Rohingya manakala dua lagi merupakan warga Bangladesh.

Menurut beliau, tangkapan pertama pada hari ketiga Op Kesan melibatkan dua lelaki etnik Rohingya di Kampung Batu Melintang, Tapah dan seorang lagi di ladang sawit Kampung Senta pada sebelah pagi.

“Pada jam 12.30 tengah hari pasukan operasi seterusnya dapat menangkap seramai empat lelaki Rohingya di kawasan hutan Bidor sebelum dua lelaki warga Bangladesh dan lapan etnik Rohingya berjaya diberkas di kawasan Bukit Tapah bersebelahan Kampung Sungai Kenoh.

eramai 13 pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis berjaya ditangkap di Ladang Jambu di Kampung Pos Gedong, Bidor petang tadi. FOTO ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 FEBRUARI 2024.

“Pada jam 6.00 petang, seramai 13 lelaki etnik Rohingya berjaya ditangkap di Kampung Senta, Bidor sebelum seorang lagi ditangkap di Kampung Pos Gedong Bidor 35 minit kemudian diikuti seorang lagi di Kampung Bermin Tapah pada jam 7.25 petang,” katanya dalam kenyataan.

Ujar beliau, tangkapan berkenaan menjadikan jumlah PATI yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor setakat Sabtu seramai 39 orang, manakala 91 orang lagi masih diburu pihak berkuasa.

Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, fokus pencarian tahanan yang masih bebas akan dilakukan di sekitar penempatan warga asing, rumah dan balai raya kosong serta masjid dan surau dalam radius pencarian.

Ujar beliau, semua tahanan yang dipercayai bergerak secara berkumpulan sudah mula berpecah namun masih berada dalam radius pencarian pihak berkuasa melibatkan polis, JIM, dan lain-lain agensi.

eramai 13 pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis berjaya ditangkap di Ladang Jambu di Kampung Pos Gedong, Bidor petang tadi. FOTO ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 FEBRUARI 2024.

“Mereka juga sudah mula keluar sebab ada keperluan untuk mendapatkan bantuan makanan dan minuman, kita tengok perkembangan ini semakin bagus.

“Fokus risikan kita juga di kawasan yang menjadi penempatan penduduk warga asing di sekitar Tapah kerana kita tidak menolak mereka pergi ke tempat bangsa, keturunan dan kawan-kawan yang mereka kenali untuk meminta bantuan,” katanya.

Pada Khamis media melaporkan seramai 131 pendatang tanpa izin melarikan diri dari blok lelaki depot itu dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sebahagian PATI Yang Merusuh dan Lolos Dicekup

Pelarian Rohingya mengaku warga Bangladesh – penduduk

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI