337 kekosongan penjawatan di Hospital Seri Iskandar belum diisi

IPOH – Pengisian penjawatan di Hospital Seri Iskandar, Parit dilaksanakan secara berperingkat di bawah tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan berkata, pengisian penjawatan di hospital berkenaan juga dibuat menggunakan Waran Penjawatan Hospital Changkat Melintang dan Waran Penjawatan Hospital Seri Iskandar.

“Pengisian jawatan menggunakan Waran Penjawatan Hospital Seri Iskandar (pertambahan 516 jawatan) dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti penerimaan personel dari pihak kementerian dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital.

“Jabatan ini sentiasa berusaha untuk mengagihkan personel mengikut keperluan perkhidmatan atas saranan Ketua Perkhidmatan dan Ketua Profesion setiap skim,” katanya.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 APRIL 2026.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Penggulungan Perbahasan Titah DiRaja Sultan Perak pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Isnin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu, sehingga kini jawatan yang diisi di Hospital Seri Iskandar adalah sebanyak 180.

“Masih terdapat 337 kekosongan yang menerima personel dan pengisian dari masa ke semasa berdasarkan keperluan yang dikemukakan oleh Ketua Perkhidmatan dan Ketua Profesion setiap skim,” katanya.

Hospital Seri Iskandar mula beroperasi secara rasmi pada 11 Disember 2024 bagi menggantikan peranan Hospital Changkat Melintang yang dibuka sejak 1971. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI