39 anak yatim dapat baju raya

IPOH – Sambutan Ramadan bagi 39 anak-anak yatim, dekat sini, pada tahun ini bertambah seri apabila menerima kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri yang akan menjelang nanti.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Syahrizal Azmi berkata, ia merupakan inisiatif digerakkan MBI dengan kerjasama Pasar Raya Econsave di bawah program MBI Prihatin.

Katanya, penerima terdiri daripada penghuni di dua rumah perlindungan anak yatim iaitu Pertubuhan Baitul Aini Anak-anak Yatim dan Miskin Ipoh serta Pertubuhan Kebajikan Cahaya Kasih Kinta.

MBI Prihatin bantu anak yatim Aidilfitri Anak yatim dapat baju raya Program MBI Prihatin Ramadan Bantuan Aidilfitri anak yatim Econsave sumbang baju raya anak yatim MBI dan Econsave bantu rumah kebajikan
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Syahrizal Azmi. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MAC 2025.

“Program MBI Prihatin yang telah berlangsung lebih 10 tahun itu merupakan inisiatif MBI dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Pada tahun ini, pihak Pasar Raya Econsave telah membelanjakan sebanyak RM3,000 untuk kesemua penghuni rumah kebajikan berkenaan membeli kelengkapan Aidilfitri masing-masing,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pemilihan Pakaian Raya bersama penghuni dua rumah kebajikan berkenaan di Pasar Raya Econsave Klebang, dekat sini, pada Jumaat.

MBI Prihatin bantu anak yatim Aidilfitri Anak yatim dapat baju raya Program MBI Prihatin Ramadan Bantuan Aidilfitri anak yatim Econsave sumbang baju raya anak yatim MBI dan Econsave bantu rumah kebajikan
Anak-anak yatim memilih kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri pada program Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Prihatin anjuran MBI dengan kerjasama Pasar Raya Econsave di Econsave Klebang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MAC 2025.

Hadir sama, Pengurus Wilayah Utara Econsave, Shah Effendy Rosman; Pengerusi dan Pengasas Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh, Datin Noraini Abdullah; serta Pengetua Pertubuhan Kebajikan Cahaya Kasih Kinta, Norizan Razali.

Menurut Mohd Syahrizal, kesemua penghuni yang dibawa oleh MBI disantuni dengan diberikan baucar pembelian kelengkapan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM100, setiap seorang.

Anak-anak yatim memilih kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri pada program Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Prihatin anjuran MBI dengan kerjasama Pasar Raya Econsave di Econsave Klebang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MAC 2025.

“Melalui baucar itu, mereka bebas untuk membeli sebarang kelengkapan perayaan seperti baju melayu, baju kurung, songkok, kasut, dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Zaqeef Mukhriz Abdullah, 15, antara penghuni yang disantuni berkata, program berkenaan amat bermakna buat dirinya dan rakan-rakan dari Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh dalam persediaan menyambut Aidilfitri nanti.

Anak-anak yatim memilih kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri pada program Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Prihatin anjuran MBI dengan kerjasama Pasar Raya Econsave di Econsave Klebang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MAC 2025.

Dia yang kehilangan kedua-dua ibu bapa ketika pada usia dua dan 11 tahun itu memberitahu, Ramadan dan Aidilfitri antara bulan yang sentiasa dinantikan setiap tahun.

“Saya baru enam bulan menghuni di Rumah Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh, yang mana sebelum ini menetap bersama nenek di Lahat.

“Dengan baucar yang saya terima ini saya hendak membeli kelengkapan baju melayu berwarna biru untuk meraikan Aidilfitri bersama rakan-rakan di rumah pertubuhan serta nenek nanti,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Gelagat Kanak-kanak Orang Asli, Anak Yatim, Asnaf Berkhatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI