42 kuil di Perak dikenakan notis berkaitan tanah

IPOH – Sebanyak 42 kuil di Perak dikenakan notis amaran di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 susulan dikesan wujud isu dalam hal berkaitan status pemilikan dan penggunaan tanah.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, pengeluaran notis itu dibuat selepas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri mengenal pasti terdapat kesalahan pendudukan di atas tanah kerjaan tanpa kebenaran.

Katanya, notis berkenaan dikeluarkan bagi penelitian lanjut sebelum sebarang tindakan susulan boleh diambil mengikut lunas undang-undang.

notis tanah kuil di perak status pemilikan tanah kuil isu tanah kuil perak kanun tanah negara kuil kerajaan negeri perak isu kuil
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan pada sidang media sempena sambutan Thaipusam di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF 01 FEBRUARI 2026.

“Jika kuil dibangunkan atas tanah yang dimiliki sendiri, tidak ada masalah. Minta kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kalau melibatkan isu tukar syarat tanah, ia perlu dibawa ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk penelitian.

“Tetapi, jika bina kuil atas tanah orang lain atau atas tanah persendirian orang lain, mahupun atas tanah kerajaan secara tanpa izin, itu adalah salah di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, di sini, pada Ahad.

Pada sambutan berkenaan, Sivanesan menyampaikan sumbangan bernilai RM100,000 daripada kerajaan negeri kepada kuil berkenaan bagi tujuan aktiviti keagamaan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ipoh Barat merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, M Thulsi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Perak komited dalam menyelesaikan isu tanah melibatkan kuil di negeri ini dengan harmoni, namun masih terdapat beberapa kes berlarutan yang memerlukan penelitian mendalam oleh kerajaan negeri.

notis tanah kuil di perak status pemilikan tanah kuil isu tanah kuil perak kanun tanah negara kuil kerajaan negeri perak isu kuil
Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF 01 FEBRUARI 2026.

Justeru kata beliau, kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan, termasuk jawatankuasa kuil, bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu berkenaan.

“Sekiranya perlu ada tindakan seperti dipindahkan kuil ke tempat lain, mereka (jawatankuasa kuil) harus bersetuju dan tidak boleh menolak pendirian kerajaan negeri itu.

“Jadi saya harap akan dapat kerjasama daripada semua pihak (dalam isu ini). Kalau dapat kerjasama yang baik, dalam jangka masa tiga tahun kita akan dapat selesaikan semua isu melibatkan kuil ini.

“Namun, secara umum, kebanyakan isu melibatkan (soal tanah) kuil di negeri Perak telah berjaya diselesaikan,” katanya lagi.

Pada masa sama Sivanesan juga mengulangi kenyataan bahawa, kerajaan negeri tidak meluluskan sebarang permohonan bagi pembinaan kuil baharu kerana bilangan kuil sedia ada mencukupi untuk kegiatan ibadat penganut Hindu.

Menurut beliau lagi, usaha dan pendirian kerajaan negeri dalam isu melibatkan pemilikan tanah kuil turut dipersetujui oleh beberapa pertubuhan Hindu di negeri ini antaranya Hindu Dharma Mamandram dan Hindu Sangam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiada kelulusan bina kuil atas tanah kerajaan – Exco Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI