529 usahawan IAT Perak rekod nilai jualan RM65.52 juta 2023

IPOH – Jabatan Pertanian Negeri Perak berjaya merekodkan nilai jualan keseluruhan produk berjumlah RM65.52 juta pada tahun lalu, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut beliau, jumlah berkenaan berjaya diperoleh melalui 529 orang usahawan industri asas tani (IAT) yang aktif menjalankan perniagaan melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak 16.28 tan metrik.

Saarani berkata, Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak turut membantu 48 usahawan pada tahun ini dengan menyalurkan dana bantuan berjumlah RM950,000.

“Bantuan tersebut berupa bantuan mesin dan peralatan, menaiktaraf premis pemprosesan produk usahawan,menaiktaraf infrastruktur bagi usahawan serta bantuan pembungkusan prosuk usahawan industri asas tani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Program Riang Ria Raya Promosi Dan Jualan Produk Industri Asas Tani (IAT), Jabatan Pertanian Negeri Perak Tahun 2024, di sini, pada Selasa.

Tambah beliau, beberapa orang usahawan di bawah bimbingan jabatan Peranian Negeri Perak telah menembusi pasaran antarabangsa.

Antaranya Syarikat Imperia Asia Sdn Bhd, Syarikat Food Manufacturing Sdn Bhd, Syarikat Nab Food Industries, Syarikat Jamilah Mansor Enterprise (M) Sdn Bhd, Syarikat Shahrinie Food Industries, Syarikat Che Din Industries, dan Syarikat Royal Rendang Tok Mak Nik.

Perancangan masa hadapan untuk membantu usahawan IAT di negeri Perak adalah dengan meningkatkan jumlah usahawan yang mempunyai persijilan HALAL dan MeSTI.

Ia perlu melalui pelbagai kursus dan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Produk IAT Negeri Perak dapat pergi lebih jauh ke pasaran global jika produk IAT ini boleh diperkasakan dengan pertambahan nilai tambah dari segi kualiti dan pembungkusan.

Sementara itu, Jabatan Pertanian Negeri Perak menganjurkan Program Riang Ria Raya Promosi dan Jualan Produk Industri Asas Tani (IAT) selama tiga hari bermula dari 25 Mac 2024 sehingga 27 Mac 2024 di Padang Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan.

Program ini diadakan setiap tahun oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk membantu usahawan memperkenalkan serta memasarkan produk mereka.

Seramai 20 orang usahawan daripada semua daerah di Negeri Perak terlibat dan antara produk yang dijual ialah biskut dan kuih raya, kerepek, rendang tok dan pelbagai produk IAT daripada usahawan-usahawan di Negeri Perak.

Artikel Berkaitan:

Kadar air Perak diumumkan selepas Aidilfitri – Saarani 

Usahawan bumiputera perlu dilengkapi ilmu, mahir urus kewangan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI