70 peratus hotel di Perak ditempah musim cuti sekolah – Exco

IPOH – Kadar penginapan hotel di Negeri Perak merekodkan kadar 70 peratus tempahan bilik pada musim cuti sekolah yang bermula sejak 10 Februari lalu dan seiring dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, ia merekodkan peningkatan apabila hanya 50 peratus sahaja bilik di semua hotel di Perak ditempah pada hujung minggu bukan musim cuti sekolah.

hotel perak inap desa loh Loh Sze Yee hotel perak inap desa loh Loh Sze Yee
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan Majlis Pecah Tanah Hotel M Hill di Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 FEBRUARI 2024.

“Hotel di seluruh Perak mempunyai 20,000 bilik. Dan daripada jumlah itu, hanya 7,000 jenis bilik yang berada pada kategori tiga bintang ke atas, ia tidak termasuk inap desa dan Airbnb.

“Bagaimanapun, kita masih kekurangan bilik bagi hotel dalam kategori tiga bintang ke atas. Bilik-bilik berkenaan kebiasaannya sering menjadi pilihan kepada pelancong yang datang dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Hotel M Hill di sini, pada Khamis.

Hotel M Hill merupakan salah satu francais hotel butik dan mewah yang dijalankan syarikat swasta, M Boutique Family of Hotel and Residence.

hotel perak inap desa loh Loh Sze Yee hotel perak inap desa loh Loh Sze Yee
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee hadir pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Hotel M Hill di Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 FEBRUARI 2024.

Tambah Sze Yee, beliau berharap pembinaan hotel yang dijangka siap pada tahun 2027 itu akan menampung kekurangan bilik yang sedang dihadapi di Perak.

“Berdasarkan kajian, Perak memerlukan pertambahan daripada 7,000 kepada 12,000 bilik dalam kategori tiga bintang ke atas,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tahun Melawat Perak 2024: Tourism Perak, Hovid jalin kerjasama

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI