7,000 belia keciciran kerja, Perak peruntuk RM8 juta perkasa TVET – Sivanesan

TANJUNG MALIM – Dianggarkan 7,000 belia kelahiran Negeri Perak mengalami keciciran daripada memperoleh peluang pekerjaan setiap tahun.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, antara punca yang dikesan kepada masalah berkenaan adalah disebabkan masalah pembelajaran yang dihadapi di sekolah.

Justeru katanya, Kerajaan Negeri Perak melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berusaha memastikan golongan berkenaan dapat melibatkan diri dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara serius.

keciciran kerja belia perak TVET perak sivanesan cicir kerja Perak belia keciciran kerja belia perak TVET perak sivanesan cicir kerja Perak belia
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan (kiri) meramah mesra bersama pengunjung pada Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim Tahun 2024, anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Dewan Sri Tanjong, Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 FEBRUARI 2024.

Menurut beliau, ia sebagai langkah meningkatkan nilai kebolehpasaran golongan belia itu di samping memastikan mereka tidak terus keciciran daripada memperoleh penempatan pekerjaan.

“Kerajaan negeri memperuntukkan sekitar RM8 juta untuk program TVET kepada belia di negeri ini secara percuma di bawah kendalian PASAK. Ia tidak termasuk program-program TVET ditawarkan agensi lain seperti GiatMARA, Politeknik dan sebagainya.

“Setiap tahun, PASAK membantu mempertingkatkan nilai modal insan kepada lebih 2,000 anak muda melalui pelbagai kursus jangka pendek.

“Malah, jika ada pihak industri berminat untuk mendapatkan tenaga mahir hasil daripada kursus TVET ini, kita boleh bawa pelatih-pelatih ini untuk bekerja dengan mereka. Jadi, rebutlah peluang ini (terutama kepada mereka yang keciciran),” katanya.

keciciran kerja belia perak TVET perak sivanesan cicir kerja Perak belia keciciran kerja belia perak TVET perak sivanesan cicir kerja Perak belia
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan (tengah) menyerahkan sijil penghargaan ketika melawat reruai pada Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim Tahun 2024, anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Dewan Sri Tanjong, Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 FEBRUARI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim 2024, di Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Muallim, Mohamad Fitri Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin; Pengarah PASAK, Aldrin Ng serta Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perak, V Mohanadas.

Ujar Sivanesan lagi, melalui usaha berkenaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam mengenal pasti pelajar yang lemah dalam bidang akademik untuk diserap menyertai program-program latihan TVET.

keciciran kerja belia perak TVET perak sivanesan cicir kerja Perak belia keciciran kerja belia perak TVET perak sivanesan cicir kerja Perak belia
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan (kiri) melawat reruai pada Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim Tahun 2024, anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Dewan Sri Tanjong, Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 FEBRUARI 2024.

Pada masa sama, beliau juga meminta agar segelintir ibu bapa dapat mengubah persepsi masing-masing yang memandang rendah terhadap TVET.

“Sekiranya kita membiarkan mereka yang tercicir ini daripada mendapat kerja, ia dibimbangi akan menyebabkan mereka terjerumus kepada aktiviti jenayah.

“Jadi, kepada ibu bapa mempunyai anak yang berhadapan dengan masalah sama, beri ruang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam TVET.

“Ini kerana, sekiranya mereka berjaya dalam latihan sektor berkenaan, tidak mustahil mereka boleh memperoleh gaji yang lebih tinggi daripada rakan-rakan sebaya yang menyambung pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Majlis TVET Perak jayakan hasrat Hab Koridor TVET Negara

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI