773 pegawai kerajaan Perak naik pangkat secara KUP, libat kos RM6 juta

IPOH – Seramai 773 pegawai kakitangan Kerajaan Negeri Perak dinaikkan pangkat dari gred 11 ke gred 14 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) sejak dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenaikan pangkat itu melibatkan anggaran kos RM6 juta melalui Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perak bagi Kumpulan Pelaksana.

Katanya, sebelum itu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menerima sebanyak 788 permohonan kenaikkan pangkat dari pelbagai jabatan.

kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad
Sebahagian penjawat awam melafazkan Ikrar Rukun Negara pada Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JANUARI 2024.

“Kerajaan negeri telah melaksanakan inisiatif urusan kenaikan pangkat ‘one-off ‘bagi pegawai yang telah berada di gred kenaikan pangkat pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan skim perkhidmatan yang dinaik taraf.

“Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan inisiatif berkenaan pada tahun 2022 dan 2023 dengan kelulusan Pejabat Kewangan Negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JANUARI 2024.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, serta Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.

Selain itu, Saarani berkata, kerajaan negeri juga telah meluluskan cadangan pemberian Elaun Tanggungjawab Khas (ETK) untuk kumpulan pelaksana gred N26 / W26 / N28 / W28 hakiki.

kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad
Suasana sekitar Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JANUARI 2024.
kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad kakitangan kerajaan pegawai kerajaan Negeri Perak naik pangkat kenaikan pangkat Menteri BEsar Perak Besar Perak Saarani Mohamad
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap sekali gus merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JANUARI 2024.

Jelas beliau, pemberian sebanyak RM100 sebulan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 itu melibatkan 36 pegawai dan implikasi kewangan sebanyak RM43,200 setahun.

“Mudah-mudahan, inisiatif ini dapat menyuntik semangat kepada para penjawat untuk sentiasa menambahbaik kualiti perkhidmatan sekaligus, meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dilantik Menteri Kewangan II

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI